Friday, November 6

5 Perkara Wanita Selalu Terlupa

5 Perkara Wanita Selalu Terlupa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semakin kita dewasa, setiap yang kabur nampak semakin jelas. Terutama berkenaan kita sebagai manusia. Lebih spesifik lagi, aku makin nampak tentang wanita. Wanita ada macam-macam kelebihan. Cumanya, ada 5 perkara yang wanita selalu lupa. Mungkin sengaja buat lupa, atau lupa secara tidak sengaja.

Apa kata kita renung balik apa yang kita selalu terlupa. Mungkin ia akan mengubah cara kita melihat dunia. Apa kata?

1. Wanita terlupa yang dia akan sentiasa cantik, lembut dan baik hati


Sebab selalu scroll fb, tengok gambar wanita yang memang kerja mereka jaga muka, dia lupa dia cantik. Perbandingan bermula. Lalu, dia berhabis untuk jadi orang lain. Cantik di mata orang lain.

2. Wanita terlupa yang dia layak menyayangi dan disayangi



Sebab terlalu merendah diri, selalu bersedih, dan terlalu takut disakiti, dia lupa yang dia layak menyayangi dan disayangi. Lalu, dia menjauhkan diri. Yup, kerana dia rasa lebih selamat begitu.

3. Wanita terlupa yang dia boleh dan perlu selalu bahagia


Sebab terlalu sibuk menyenangkan orang lain, dia lupa kebahagiaan sendiri. Lalu, timbul rasa bersalah apabila berasa bahagia. Lalu, dicurahkan segala kebahagiaan untuk orang kesayangannya.

4.Wanita terlupa dia mampu melakukan setiap sesuatu



Sebab terlalu kerap memberi kekuatan pada orang lain, dia lupa dia mampu dan boleh melakukan. Lalu, dibiarkan dirinya nampak lemah, supaya dia yang istimewa menjadi sama dengan yang lain.

5. Wanita terlupa dia punya seseorang yang betul-betul peduli


Sebab terlalu berdiri atas kaki sendiri, dia lupa yang dari jauh, ada seseorang yang betul-betul peduli. Lalu, dia membiarkan seseorang itu pergi. Tanpa tahu betapa dia PEDULI.

CREDIT: Nurmujahidah

4 comments:

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)