Wednesday, November 11

8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

Assalamualaikum& Hi! Harini Ayu nak share beberapa rahsia untuk mengekalkan persahabatan :)


1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah

Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

2. Jangan menjadi api

Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya

Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.

4. Sentiasa berbincang

Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.
Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu

Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.
Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

6. Luangkan masa bersama

Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.
Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya

Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.
Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.
Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?

8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.
Mesti anda pernah dengar kan?
Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.
Credit: SUMBER

3 comments:

  1. yang betul2 ada semua mmg susah cari - tapi mmg ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. & pasti kita akan jumpa cuma lambat atau cepat je kan :)

      Delete
  2. Kita pun kena jadi mcm di atas tu utk kwn kita hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)