Tuesday, December 1

Bermalam di Hospital

Assalamualaikum & Hi! Hari ni baru Ayu free. Huhh! 5 hari kena bermalam di hospital...Siapa yang sakit ni? Ayu tak sakit pape. Alhamdulillah sihat sahaja. Cuma dikejutkan dengan berita mama jatuh dekat tempat kerja. Mengalir air mata, risau dengan keadaan dia....Orang suruh sabar kata takde apa-apa. Tengah bersabar, sekali dapat berita tangan mama patah. Ya Allah...dugaan apa ni. Hari tu pula, family lain semua dekat kampung tinggal Ayu dengan mama. Nasib baiklah pakcik ada duduk berdekatan dengan Ayu terus hantar Ayu pergi Hospital Besar Seremban.

Malam tu terpaksalah bermalam di sana walaupun Ayu tersangatlah takut akan hospital. Seram sangat hihi...Esoknya papa sampai Nilai dari Kelantan. Punyalah risau, terus rushing dari malam tu datang Nilai. Tapi dah pagi tu kena pulak halau dengan guard sebab pakar nak datang melawat entahlah. Actually tu lah first time Ayu duduk hosp....then, papa sampai terus uruskan untuk discharge pastu tukar pergi hospital swasta dekat Columbia Asia Hospital. Lamanya menunggu nak selesaikan semua benda tu berjam-jam menanti tapi taklah Ayu penat sebab adanya telefon. hehe ;D

Malam tu, datang balik hosp dapat bilik dua orang. Ada dengan cina ni. Ayu stay sana lagi tak sempat nak layan blog lagi..Esoknya, pagi-pagi lagi nurse dah siapkan mama semua untuk operate tangan mama letak dawai something like that lah..IDK :O Hampir 3 jam jugalah mama dekat operating room sampai tertidur Ayu....Then, papa datang pick up Ayu untuk balik dulu. Dan hari-hari seterusnya sampailah hari ni hari Selasa barulah mama boleh balik. Finally hehe tapi sakit yang mama rasa tu amatlah perit. Doakan mama Ayu sihat cepat tau..AMIN :')

Jadi dari sini, Ayu nak minta maaf kalau lambat respon ga ke chat ke harap memahami :) Thankyou.

7 comments:

  1. hm semoga mama ayu cepat sembuh :(( btw guard hospital memang macam tu. dulu ina pernah jaga nenek ina about last year lah. then dia cuma benarkan sorang je blh jaga untuk sorang pesakit..

    ReplyDelete
  2. Abah Cikna ritu nk tuka ke hosp k.pilah pun dekat 10jam baru settle alasan diaorg xde ambulance kitaorg nak bawa patient xblh plak, macam kitaorg ni xde keje nk buat,masa itu emas ok...

    ReplyDelete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)