Tuesday, December 8

Short Vacation!

Assalamualaikum & Hi!
Jumaat hari tu, malam tu lah Ayu gerak pergi Wang Kelian, Thailand. Alah! Sempadan Thailand je pergi. Malam tu gerak lepas Isyak, then singgah RNR Seremban nak celebrate birthday tak tahulah siapa hehe. Upsss, Ayu pergi sana naik bas dengan kawan Ayu ala..kira trip lah kan hehe. Lepas dah singgah RNR Seremban kitaorang teruskan perjalanan. Berhenti? Takde dah rasanya. Then terus tidur. Jam pukul 3:55 pagi! Ayu tersedar sebab tak selesa tidur dalam bas. Lebih kurang 10 minit lepastu pemandu bas stop suruh kitaorang turun situ & naik balik sebelum pukul 7. Dekat perhentian tu Ayu mandi & solat! SEJUKKKKKK hehe. Naik bas, em sambung tidur balik hehe. Sampai sana pagi kot. Sana tu Wang Kelian lah! HAHA. Tapi takde apa pun actually. Jalan-jalan kejap je pastu duduk.


Ni jelah gambar yang ada sebab nak ambik gambar pun bukannya menarik. Lagipun em...tengah cari tandas tak jumpa-jumpa! So pukul 11 tu, semua naik bas. Ramai je beli barang, tapi Ayu bawa diri jelah hahahaha. Perjalanan tu kemain lama haih. Tidur pun sempat lagi. Sampailah Padang Besar! Boleh jalan-jalan dekat situ sampai pukul 2 je...Kejapnya tapi situlah banyak tempat boleh beli barang.....Alahai :'( Ayu jalan-jalan, macam-macam ada tapi tulah hati tak tertatik nak beli. Makan semua situ tapi biasalah badan kecik tong pun kecik. Orang yang belanja tu tolong habiskan makanan..Terima kasih ye :p hihihihi. 
Dekat sana, Ayu sempat beli satu beg ni jenis kain dia jeans sebab dia menarik sangat haha macam dekat Nilai takde kan. Tapi takpelah dapat murah je! Lepastu sempat belikan sehelai T-shirt color pink untuk adik Ayu yang umur 3 tahun...Alahai sorang lagi adik tak beli pape lak..Takpelah tak sempat kan hahaha. So tu je Ayu beli. Sangatlah selamat duit saya XD


Sangatlah tidak sempat untuk bergambar, sedih kan :'( Then, kenalah balik! Lepastu tertidur dalam bas sampaikan dia berhenti dekat RNR Tapah pun, Ayu tak sedar. Tersedar pun dekat Selangor dah dekat nak sampai Nilai sedarlah kan hehe, sebab dah pukul 7 lebih. Berhenti situ & sambung perjalanan dan sampaii yeayyyyy! Sangatlah short vacation kan? :D Takpe menarik pun boleh lah haha. Byeeeeexxxxx

7 comments:

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)