Tuesday, January 3

Back To School..

Assalamualaikum & Hi!
Apa khabar semua? Seperti yang dijanjikan, akan bermulanya aktif semula blog ni menjelang 2017. Sedar tak sedar, ayu dah masuk 18 tahun walaupun perangai macam kanak-kanak tapi kenalah terima kenyataan lepas ni kenalah jadi matang sikit. Pada umumnya, ayu akan berubah lepas habis sekolah dan nantikan perubahan itu tak kisahlah dari segi apa-apapun kita tunggu dan lihat sahaja.

Title entri ni? Kisahnya akan diceritakan. Ayu ada adik yang baru masuk form 1. Dulu, ayu cumalah sekolah harian jadi taklah banyak benda nak beli. Si budak ni baru nak masuk asrama, macam-macam kena beli. Pokai mama ayu. Aiyoo. Dia akan masuk sekolah agama. Okay..Baguslah tu. Mulanya, dia pergi daftar sekolah yang ayu sekolah dulu. Lepas je daftar, dia terus dapat tawaran sekolah agama yang dia pergi ni. Mestilah pilih sekolah agama sebab dia beriya sangat nak masuk asrama. Last minute, macam biasa beli barang sekolah. Ini alkisah adik pertama.

Adik kedua ayu pulak baru je umur 5 tahun. Walaupun kita tahu yang tadika masuk lambat sekolah tapi susah sangat sangat nak kejut budak kecik ni bangun mandi pepagi. First day sekolah dia, dia bangun pun mama pujuk. Alhamdulillah mandi pergi sekolah. Hantar dia pergi sekolah dengan mama, macam nak nangis macam je. Balik waktu ambil dia, kemain gembira dia. Ingatkan happy sebab belajar rupanya happy sebab dapat main. Bagus bagus. Takpe, awal lagi nak serius belajarkan.

So far, ayu sangatlah bosan bila semua orang takde dekat rumah tapi ayu pun pergi sekolah juga cuma bukan setiap hari iaitu DRIVING SCHOOL GUYS. Ya Allah, sangatlah tak sabar nak lulus segala jadah lesen kereta tu. Nak jalan-jalan sebelum sambung belajar. Doakan yang baik-baik sahaja ye. DONE! Much love xx

4 comments:

  1. haha. moga lulus dengan jayanya. parking elok2 taw

    ReplyDelete
  2. kita pun sama tengah ambik lesen jugak ni hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)