Tuesday, January 31

Review: Bangi Wonderland, Bangi

Assalamualaikum & Hi!
Selamat pagi warga bloggers :)
Harini mood is okay, jadi kita bolehlah membaca entri pada hari ni. Berbalik pada tajuk, kepada peminat-peminat yang suka sangat pergi waterpark ni bolehlah baca entri ni! Kepada penduduk berdekatan seperti Nilai, Bandar Seri Putra, Bangi & etc bolehlah datang ke Bangi Wonderland. Nak kata rugi, tak juga. Nak kata untung, pun tak juga. Tapi kalau dah minat, tak kesah dah rugi ke untung kan. Haritu, ayu pergi dengan ex-schoolmates sebab dah rindu sangat kenalah plan something supaya dapat jumpa. Ayu hanya bayar RM40 sebab ayu guna promo 11street.my. Tapi sekarang dah sold out! Harga sebenar masuk ke Bangi Wonderland ni agak mahal sikit. Nak kata berbaloi tu agak kurang berbaloi sedikit. Jadi, kenalah selalu survey-survey promotion kalau taknak rugi.
source: google
Tak banyak yang ayu dapat main haritu sebab masa yang limit dan sebab kawan-kawan taknak cuba beberapa permainan, katanya dah cuba dekat Gambang Waterpark. Jadi, kita ikutkan sahaja sebab ayu pun pernah pergi gambang. Nak cerita serba sedikit tempat dia. Masuk je guard, nampak besar-besar dia tulis BANGI WONDERLAND. Jadi, kena ambil gambar dekat situ. WAJIB! Sebagai ootd, is a must tau dan upload masuk ig jangan lupa tu! Dah ambil gambar, sebelah kiri ada kaunter dia. Lepas bayar tiket semua, ada satu meja dekat situ la dia check korang-korang ni bawa makanan ke apa-apa yang dilarang ke. Jadi hati-hati jangan sampai kena tahan, ceh haha. Lepastu, sebelum betul-betul masuk, dia akan ambil gambar kita untuk diprintkan harganya RM18.
Kemudiannya, jumpa bahagian locker. Tak ingat berapa harga dia sebab ayu tak guna locker. Seterusnya, sampailah ke tempat air-air. Dekat situ adalah tempat nak letak baju-baju semua. Tempat persalinan memang banyak bilik mandi dia tapi tempat nak duduk dia, sangat terhad! Jadi, jangan bawa beg besar-besar kesian dekat orang nak letak barang dia juga. Dekat sini, ayu share map BW ye! Ayu dapat main Boomeriang, Kid' Adventure, Pirate's Bay, Magic Funnel, Insane Racer. Makanan taklah mahal sangat tapi masa nak siap tu lama sangat-sangat lama! Kesian kawan ayu yang lapar kebuluran tu.
Jadi, kalau rasa nak berbaloi pergi tu. Jangan pergi tanpa promo, harga RM58 tu terlalu mahal! Jadilah pengguna yang bijak. Have fun! Semoga BW dapat menambahbaikkan lagi perkhidmatannya. Harap entri ni membantu :)

Love, ayu xx

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)