Monday, February 13

One Step Closer 2017

Assalamualaikum & Hi!
Selamat pagi warga bloggers :)
Ini adalah sambungan dari entri KLS 2017. KLS yang lepas ayu cuma pergi satu hari tapi kali ni ayu siap tidur dekat Universiti Malaya (UM)! Program ni berlangsung 2 hari 1 malam. Nak tahu apa yang berlaku pada KLS yang lepas? Sila lah baca entri yang ayu dah link kan hehee. Program kali ni dinamakan One Step Closer (OSC)! Ayu pergi pada 4 dan 5 Februari. Pack semua barang dan pagi 4 Feb tu ayu dan kawan-kawan gerak pergi UM.

FIRST DAY; 4 FEB 2017
  • Ujian Personaliti
  • Berkayak
  • Explore UM
  • Forum bersama pelajar Dekan

Sampai je ayu dekat UM, kitaorang semua daftarkan diri dekat kaunter pendaftaran dan dapat satu tag ni. Tag peserta lah ofcos! Kami berpakaian kasual waktu. Pertama, kitaorang ada game. Game tu lebih kurang  macam "Find Your Partner". Next, Ice-Breaking. Waktu ni ayu dengan kawan-kawan memang satu kumpulan cuma ada tambahan sorang kawan ni. Sambungan juga dengan Ujian Personaliti. Ujian ni membantu kita mengenali lebih mendalam diri kita, students mesti buat ujian ni dekat sekolah kan? Moral yang ayu dapat dari ujian ni, kita tahu apa yang  kita selalu buat apa yang kita minat kita juga akan tahu sifat kita ni sesuai dengan kerjaya yang kita nak ceburi ataupun tidak.
Kemudian, dapatkan kunci bilik, bersiap tukar pakaian sukan sebab kejap laginya ada aktiviti yang best! Semua orang berkumpul makan solat semua. KAYAKKKKKK GUYS!! My first time berkayak and nervous gila sebab takut jatuh. Mulanyaa memang taknak try tapi terpaksa bila dah main terus taknak main. This is so me hehe. The best thing, ayu dapat belajar kayak belajar benda baru, bekerjsama juga penting bila berkayak berdua ni. Jangan pentingkan diri sendiri!
Explore UM, sangat penat kena dera apa semua. Berjalan je lepastu kena nyanyi lagu Didi, ni kelakar sangat :'D Panjat rumah pokok, menari semua! Maze lagi.....Banyak sampai dah lupa, kaki lenguh semua tapi ayu tetap dengan mulut dia yang banyak bercakap. Kena buat jadual bila jadi mahasiswi. Daripada aktiviti ni sendiri, ayu dapat belajar jangan cepat mengalah, bekerjasama lagi, tepati masa dan kena kuat walaupun penat hahaha tabah je lah berjalan lama gila!
 Malam pula, kami ada forum bersama pelajar dekan. Pelajar-pelajar ni cuma share macam mana nak lalui kehidupan sebagai pelajar IPT dan macam mana nak survive bila study luar negara. Hampir tertidur sebab terlalu penat dengan kaki yang lenguh lagi. Serius yang ni tak tipu sampaikan akak faci provide gula-gula untuk semua orang dan ayulah paling banyak makan. Habis je forum dah boleh naik tidur, esok pula!

SECOND DAY; 5 FEB 2017

  • Mockup Interview
  • Persembahan
  • Talk with Ustaz Adnin
Belajar cara macam mana nak pergi interview! This one sangat sangat useful untuk masa akan datang. Dia share semua benda yang perlu kita buat waktu pergi interview. Janggal rasanya bila kena interview macam real sangat! Selain tu, dia ada share pasal schoolarship.
Next, ada persembahan. Mungkin untuk menghilangkan mengantuk agaknya tapi lagu yang dinyanyikan bermakna sangat untuk hidup ni. Then, talk with Ustaz Adnin cerita dia sangat deep. Bila dia cerita kisah yang berlaku di dunia sekarang. Tapi biarlah ia berlalu sebab ayu taknak cerita hehehe. Cuma berguna, Ustaz Adnin punya talk best gila! So, Ayu punya aktiviti lepas OSC ni ialah JOM HIKING BUKIT SAGA! Tak sabar :D Cuba usha FB ni!

2 comments:

  1. bestnya dapat main kayak. xtahu pula ada event ni kat um. mcm best hehe

    ReplyDelete
  2. Nice blog.. Salam Perkenalan. Jemput singgah blog saya http://abrilliantdaydreamerr.blogspot.my/ :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)