Thursday, February 9

Review: Scrub Hilang Daki

Assalamualaikum & Hi!
Selamat malam warga bloggers :)
Sekian hari telah ku menyepi, kini ku kembali. Ala, tak lama pun dekat seminggu je sebab nak ambil mood typing dalam post ni. Alkisahnya penat tempoh hari yang dah berlalu beberapa lepas dan dengan kesibukkan yang dibuat-buat sendiri ni. Tapi alhamdulillah berjaya menguatkan diri untuk buka buka buka buka juga laptop dan blogging. Yayy! Okay, ni permulaan sahaja.
Malam yang sunyi dan bosan ni, ayu nak review satu produk ni. Rasanya popular jugalah dekat online, instagram user memang hot lah benda ni. Rasanya, ada juga blogger yang tahu ni! Scrub Hilang Daki? Ayu beli benda ni dekat satu igshop ni. Nak trylah juga sebab feedback gempak-gempak! Rugi tak cuba lagi-lagi tengah ber-honeymoon dekat rumah ni. Bolehlah try produk bukan-bukan kan. Okay ni mengarut!
source: ayufarahana
Inilah rupa dia! Dihasilkan oleh ekstrak arang dan susu. Orang kata arang ni elok tau! Orang katalah. Isi dia jenis cecair tapi macam garam. Em, macam mana nak cakap ni. Berbutir-butir kot! Bau dia wangi macam bau gel rambut kot. Orang kata wangi tapi pada ayu tak sebab ayu tak suka wangi. Bercanggah pulak. Tengok gambar bawah ni. Jadi, dekat gambar ni details pasal produk ni.
Dari banyak-banyak kebaikan ni, yang ayu dapat hanyalah beberapa. Yang pertama, atas sekali tu. Yes, dia tanggalkan kotoran. Kedua, tak pastilah yang pasal ni sebab nampak sama je. Ketiga, yes! Lembutkan kulit tapi lepas kita pakai je pastu macam biasa. Keempat ni tak kot. Kelima pun tak. Keenam pun tak! Yang last tu, mungkinlah kot sebab ayu takde bau badan. Ayu ingatkan scrub ni boleh hilangkan sunburn sebab tangan ayu dengan lengan tona kulit lain kerana penangan oleh kawad kaki sekian zaman sekolah dulu. Jadi, ini sahaja yang boleh direview.
Nak cuba juga scrub ni kotkot kena dengan kulit? Bolehlah visit ig: kedaionlinemia_official atau whatsapp 01137673502.

Love, ayu xx

2 comments:

  1. how long have you been using this thing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. one month! :) maybe kulit tak sesuai kot hee

      Delete

Terima kasih sebab membaca. Tinggalkan komen anda! :)
Thanks for reading. Leave your comment! :)
Gracias por leer. Deja tu comentario! :)